S
ejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasukan Research & Development bekerjasama rapat dengan pengeluar produk pembasmi kuman untuk mengeluarkan produk pembasmi kuman untuk membantu masyarakat melakukan aktiviti pencegahan bagi menjamin keselamatan dan tahap kebersihan sekitar kawasan kediaman, tempat kerja, kenderaan dan lain-lain. Untuk itu, maka lahirlah Sysfel Disinfectant Spray (SDS); cecair pembasmi kuman dan bakteria untuk mencegah pembiakan kuman dan bakteria berbahaya yang berkemungkinan berjangkit dan mampu menjejaskan kesihatan manusia.

Jangan jadikan kuman sebagai RAJA di dalam rumah anda. 


Kuman itu apa sebenarnya? 


Kuman ataupun gelaran lainnya Pathogen adalah organisma mikroskopik yang berupaya menjadi penyebab sesuatu penyakit dan jangkitan jika ia memasuki tubuh anda. Jenis kuman yang kita biasa dengar adalah;

  1. Bakteria; Contoh bakteria adalah Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan.
  2. Virus; Contoh virus adalah Rhinovirus yang menyebabkan demam.
  3. Kulat; Trichophyton yang menyebabkan kutu air. 
  4. Parasit; Giarida Intestinalis yang mneyebabkan cirit-birit.
Bagaimana kuman boleh tersebar?

Kebiasaannya kulat dan bakteria boleh muncul pada kawasan yang hangat dan lembap di rumah anda. Tetapi virus adalah berbeza. Virus memerlukan tempat atau tuan rumah yang hidup untuk ia membiak. Ada sesetengah virus seperti Corona Virus mampu hidup pada sesuatu yang tidak bernyawa dalam jangka masa 3-8 jam.


Semasa proses ini berlaku, virus boleh berjangkit dan tersebar melalui sentuhan ataupun melalui udara di dalam partikel habuk kecil atau titisan air yang keluar daripada mulut dan hidung semasa anda batuk atau bersin. 

Disebabkan itu, pihak kerajaan menggalakkan kita untuk memakai topeng muka untuk mengelakkan daripada menjadi penyebar dan penerima virus.

Disinfectant Vs. Sanitizer

Ada perbezaan di antara Disinfectant Spray dan juga Sanitizer Spray. Membunuh dna mengurangkan adalah satu hal yang sangat berbeza. Sila lihat gambarajah di bawah untuk pencerahan ringkas perbezaan kedua-dua jenis pembasmi kuman ini.


Sanitizer, Disinfectant dan Sterilizer perlu digunakan pada waktu dan tempat yang betul supaya anda dapat merasai kesan yang lebih optimum. Jika anda menggunakannya pada waktu dan tempat yang salah, ia hanya akan merugikan masa dan membazirkan duit. 

Roomah Multipurpose Disinfectant Spray

RooMah Multipurpose Disinfectant Spray dengan Minyak Tea Tree secara khususnya diformulasikan untuk membunuh bakteria di dalam rumah, tempat awam ataupun pada kawasan yang mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi. Selain itu, ia juga membantu membunuh dan menghilangkan kuman sama ada permukaan yang keras atau lembut yang kerap disentuh.

Bila dan Di Mana Perlu Guna Multi-purpose Sysfel Disinfectant Spray?

Sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan Malaysia, beberapa tempat disyorkan menggunakan Disinfectant Spray sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri anda dan keluarga tersayang  daripada dijangkiti kuman atau virus berbahaya.

Multipurpose Sysfel Disinfectant Spray With Tea Tree Oil adalah formulasi khusus bagi membasmi kuman pada permukaan keras dan lembut. Bersesuaian dengan fungsinya yang multi-purpose, ia sesuai untuk digunakan sama ada di rumah, tempat kerja, dalam kereta dan kawasan lain yang menjadi tumpuan keluarga dan umum. 

Ciri-ciri keselamatan bagi produk pembasmi kuman seperti disinfectant spray dan sanitizer perlu di ambil berat supaya ia tidak membahayakan daripada aspek yang lain pula. Baru-baru ini di Indonesia terdapat satu kes di mana kanak-kanak melecur pada bahagian muka dan badannya akibat disambar api ketika memegang botol hand sanitizer.(sumber: https://ohbulan.com/budak-3-tahun-pegang-botol-hand-sanitizer-melecur-teruk-disambar-api ) 

Oleh itu, Sysfel mengambil inisiatif untuk mengeluarkan produk pembasmi kuman yang tidak berbahaya dan sesuai serta selamat untuk digunakan oleh bayi dan kanak-kanak. Multi-purpose Sysfel Disinfectant Spray mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh EU dan terbukti dapat membunuh kuman sehingga 99.99% dalam masa 15 saat. 



Cara Penggunaan

Botol yang digunakan untuk Multi-purpose Sysfel Disinfectant Spray (SDS) adalah botol standard penyembur cairan pembersih seperti jenama Febreze dengan 2 ciri semburan; sebar (spray) dan lurus (stream) dan 1 kunci (lock) untuk keselamatan kanak-kanak.

Anda disarankan untuk menggunakan Multi-purpose Sysfel Disinfectant Spray mengikut penerangan yang ada di dalam poster di bawah;



Penggunaan yang terbaik adalah anda perlu memegang botol Multi-purpose Sysfel Disinfectant Spray secara menegak dan pastikan anda menyemburnya dengan jarak 6-8 inci daripada permukaan. Kemudian, lap permukaan sehingga rata selepas disembur.

Multi-purpose Sysfel Disinfectant Spray kini berwajah baru! 



Rata-rata pengguna berpuas hati dengan keberkesanan disinfectant spray ini. Jom kita lihat apa kata mereka.



Virus, kuman dan bakteria mungkin tidak nampak pada pandangan mata kasar manusia. Tetapi anda perlu tahu bahawa ia sentiasa ada. Dan kita tidak tahu apakah kesan buruk virus dan kuman tersebut kepada kita.

Meskipun wabak Covid-19 ini sudah berakhir nanti, anda perlu sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga supaya keselamatan anda dan keluarga sentiasa terjaga. Lindungi insan yang anda sayang.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba Multi-purpose Sysfel Disinfectant Spray, sila hubungi Sales Consultant kami pada nombor yang tertera dibawah;

Cik Nur Athirah: +6019-4164189
Cik Nurul Huda: +6013-9016419

Ataupun anda boleh hubungi ejen-ejen Sysfel di seluruh negara.

Ayuh, mari kita sama-sama perangi virus berbahaya!