Satu fenomena baru di Sysfel!

Sysfel muncul lagi dengan produk yang pastinya menjadi igauan ramai orang. Tapi pada kali ini agak sedikit berbeza kerana produk yang dikeluarkan adalah berasaskan makanan Thai di bawah jenama Sysfel Deli. Siapa saja yang tidak sukakan makanan Thai kan? 

Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia gemar dengan makanan-makanan yang berasal daripada negara gajah putih itu. Bukan sahaja terkenal dengan pusat pelancongan yang menarik, namun makanan tradisi negara Thailand juga dapat memikat selera sesiapa yang menjamahnya. 

Masakan Thailand memiliki ciri-ciri yang begitu kaya dengan rasa aslinya. Ia memiliki rasa yang begitu seimbang iaitu di antara rasa pedas, masam, manis dan masin. Disebabkan itu, makanan Thai sangat disukai ramai orang. 

Oleh itu, Sysfel mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Dapur Thai Aroy untuk mengeluarkan pes makanan Thai yang sedap menyelerakan dan rasanya sudah pasti seakan sama dengan juadah asli daripada Thailand.




Sepantas 10 minit...

Pes makanan Thai daripada Sysfel membantu pengguna di luar sana untuk memasak dengan pantas tanpa perlu penyediaan bahan-bahan yang banyak dan mengambil masa. Hanya perlu tumis pes dan masukkan lauk sahaja. Mudah sangat kan?

Berikut adalah variasi pes makanan Thai Sysfel x Dapur Thai Aroy dan cara memasak menggunakan pes sedia untuk dimasak ini;




Cara memasak Tom Yum:
  1. Panaskan 700ml air.
  2. Masukkan sebatang serai.
  3. masukkan 300g potongan ayam. 100g udang, 100g sotong.
  4. Masukkan 160g pes Tom Yum.
  5. Renehkan semua bahan di atas selama 8 minit.
  6. Masukkan 1/2 tomato dan 1/2 bawang Holland.
  7. Renehkan selama 2 minit.
  8. Masukkan sehelai daun limau purut, perahkan limau nipis.
  9. Masukkan 4 sudu besar susu segar atau santan.
  10. Tutupkan api.
  11. Hiaskan dengan daun ketumbar.
  12. Sedia untuk dihidangkan (hidangan untuk 5 orang)




Cara memasak Gaeng Som:
  1. Panaskan 800ml air.
  2. Masukkan 160g sos Gaeng Som.
  3. Masukkan 200g potongan nenas.
  4. Masukkan 600g kepingan ikan.
  5. Renehkan semua bahan di atas selama 10 minit.
  6. Sedia untuk dihidangkan (hidangan untuk 5 orang).




Cara memasak Phad Prik:
  1. Goreng ayam/daging/makanan laut 700g.
  2. Masukkan 160g sos Phad Prik.
  3. masukkan sedikit air untuk cairkan sos serta daun limau purut.
  4. Kemudian gaulkan dan masukkan bawang besar dan sayuran kesukaan.
  5. Goreng selama 3 minit.
  6. Sedia untuk dihidangkan (hidangan untuk 5 orang)




Cara memasak Rhad Prik:
  1. Goreng atau bakar 700g ikan/daging/ayam
  2. Kemudian tumiskan 160g sos Rhad prik dengan sedikit minyak dna daun ketumbar.
  3. Didihkan dengan sedikit air kemudian siram ke atas lauk yang dimasak.
  4. Hiaskan dengan hirisan ketumabr.
  5. Tambahkan cili potong jika ingin pedas.
  6. Sedia untuk dihidangkan (hidangan untuk 5 orang)




Cara memasak Tiga Rasa:
  1. Goreng ikan 600g
  2. Potong 1/2 bawang besar, cili hijau, cili merah, batang ketumbar, 100g nenas.
  3. Tumiskan semua bahan di atas kemudian masukkan 160g sos tiga rasa.
  4. Masukkan sedikit air kemudian didihkan dan siram ke atas ikan yang digoreng.
  5. Hiaskan dengan daun ketumbar.
  6. Sedia untuk dihidangkan (hidangan untuk 5 orang)




Cara memasak Ladna:
  1. Sup/kue tiau ladna/sayur
  2. 150g kue tiau digoreng kilas dengan sedikit kicap.
  3. Tumiskan bawang putih, masukkan lauk pauk kegemaran.
  4. Masukkan 150ml air kemudian masukkan sayur kesukaan.
  5. Kemudian masukkan 4 sudu besar sos Ladna.
  6. Didihkan dan masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan siram ke atas kue tiau.




Cara memasak Masak Merah:
  1. Panaskan minyak dan goreng 700g ayam/daging/makanan laut.
  2. Masukkan minyak dan toskan 160g sos masak merah.
  3. Masukkan sedikit air untuk cairkan sos.
  4. Kemudian masukkan 700g protein yang digoreng beserta bawang besar dan sayuran kesukaan.
  5. Sedia untuk dihidangkan (hidangan untuk 5 orang)
Sangat mudah, cepat, pantas dan yang paling penting menyelerakan! Pasti dapat memikat selera anda dan keluarga. Kini, anda boleh memasak sehebat Chef Restoran Thai.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pes masakan Thai Sysfel x Dapur Thai Aroy, anda boleh hubungi Sale Consultant kami pada nombor yang tertera di bawah;

Cik Nurul Huda : +6013-9016419
Cik Nur Athirah : +6019-4164189

Memasak dari hati, keenakannya sudah pasti. Jom, cuba pes ajaib ini?